
Reformasi,
Itu yang diungkap,
Demi mengubah persepsi rakyat,
Agar lebih matang,
Dalam memerdekakan negara.
Rakyat memilih pemimpin,
Pemimpin korup kerana rakyat,
Rakyat yang mampu mengubah,
Sistem dan pemerintahan negara,
Agar lebih telus dan adil.
Reformasi,
Mengubah sistem pemerintahan,
Agar tidak menjadi lebih tenat,
Yang mampu memusnahkan negara,
Yang telah lama rosak demokrasinya.
Ayuh kita berfikir,
Setelah lama kita bersenang,
Apakah ini yang dimahukan,
Kita mahukan keadilan dan penyatuan,
Yang mampu memakmurkan kita...
-Xack Saputra-
*Setelah lama kita merdeka,negara kita belum mampu mencapai kemakmuran yang sepenuhnya. Ada saja berlaku masalah pertelingkahan kaum sama ada yang dilaporkan atau tidak. Dalam masa jangka yang panjang, perkara-perkara ini mampu memusnahkan negara. Apakah punca-puncanya? Adakah sistem pemerintahan kita bermasalah atau puncanya dari pemimpin-pemimpin kita?Dengan pegangan agama yang kukuh, InsyaAllah perkara ini mampu dielakkan sedikit demi sedikit.