Berdetik-detik,
Saat dan minit berjalan,
Terbayang aku,
Dikala kusendirian,
Hampa memikirkan jawapan.
Terduduk aku,
Di medan peperangan,
Diserang ganas,
Aku berlawan,bertempur,
Tanpa sebarang senjata.
Terhentiku belayar,
Di Lautan Hindi,
Ribut taufan melanda,
Memecahkan layarku,
Termenungku sendirian.
Pasrah hati,
Kerna telah kupasti,
Semua ini akan berlaku,
Akan kucuba lagi,
Bila masanya telah tiba...
-Xack Saputra-
14 comments:
bertabahlah.
kepada harith...
-terima kasih :-)
sama2,
lagipun fokus pada subjek yang lain.
berserah sahaja kepada ALLAH.
kepada harith...
-sama2lah kita berjuang
berserah stlh berusaha :)
*let bygone be bygone..
itu semua dugaan dlm perjalanan hidup kita yg singkat ini.
kepada farah...
-terima kasih
-kamu benar
-buku lama ditinggalkan,buku baru pula dibuka..
-yang lepas harus diredai
-hidup perlu diteruskan
tapi mesti berdasarkan daripada pengalaman dan dari situ baru kita dapat pengajaran.
kepada anonymous...
-siapa jua kamu,hidup ini umpama permainan
-sama ada kamu pandai memainkannya atau kamu biarkan saja.
-dugaan dan cabaran membuat manusia berhati2 dalam permainan kehidupan
-terima kasih atas komen itu
kepada harith...
-lihat komenku kepada anonymous...
-betul kamu,pengalaman penting dalam kehidupan
-maksudku buka buku baru bukan brmksd tinggalkan segala perkara
-yang baik kita ambil,yang keruh kita tinggalkan
-pengalaman boleh diertikan sebagai perkara yang baik :-)
-benar katamu, dan pengalaman mengubah pemikiran manusia kemudian hari.
-tetapi cara kita membuka buku baru,
adakah kita akan sentiasa membacanya, atau kita hanya hangat-hangat tahi ayam?
-kerana manusia sering lupa.
kepada harith...
-itu terpulang pada diri manusia itu sendiri.
-InsyaAllah tidak akan lupa :-)
saputra, subjek ape yg susah 2?
sy pn ade ambil sbjek susah juge sem ni
hampa...
neway, saya suke bce blog awk
menarik
kepada secret admire...
-siapa jua kamu,subject yang susah itu biarlah dirahsiakan.
-tetapi maksud susah itu luas.
-mungkin susah karna tidak dapat apa yang diinginkan.
-mungkin juga susah karna menghadapi kegagalan.
-terpulang kepada kamu untuk mendefinasikannya.
-apa2pun terima kasih karna suka baca blog ni :-)
Post a Comment