09 February 2010

Demokrasi








Reformasi,
Itu yang diungkap,
Demi mengubah persepsi rakyat,
Agar lebih matang,
Dalam memerdekakan negara.

Rakyat memilih pemimpin,
Pemimpin korup kerana rakyat,
Rakyat yang mampu mengubah,
Sistem dan pemerintahan negara,
Agar lebih telus dan adil.

Reformasi,
Mengubah sistem pemerintahan,
Agar tidak menjadi lebih tenat,
Yang mampu memusnahkan negara,
Yang telah lama rosak demokrasinya.

Ayuh kita berfikir,
Setelah lama kita bersenang,
Apakah ini yang dimahukan,
Kita mahukan keadilan dan penyatuan,
Yang mampu memakmurkan kita...

-Xack Saputra-


*Setelah lama kita merdeka,negara kita belum mampu mencapai kemakmuran yang sepenuhnya. Ada saja berlaku masalah pertelingkahan kaum sama ada yang dilaporkan atau tidak. Dalam masa jangka yang panjang, perkara-perkara ini mampu memusnahkan negara. Apakah punca-puncanya? Adakah sistem pemerintahan kita bermasalah atau puncanya dari pemimpin-pemimpin kita?Dengan pegangan agama yang kukuh, InsyaAllah perkara ini mampu dielakkan sedikit demi sedikit.

06 February 2010

Hipokrasi









Manusia tidak pernah ingat tentang kebaikan,
Hanya yang buruk dinilai,
Kerna bisa dimaki dan dicaci,
Memang itu manusia,
Suka kehidupan yang rumit.

Manusia suka berpolitik,
Berhipokrasi sana sini,
Zaman moden pelbagai cabaran,
Hanya yang bermuka-muka menjadi pemenang,
Yang lurus bendul menjadi bahan kutukan,
Dimanakan nilai kemanusiaan,
Kita harus berubah.

Kejujuran adalah keutamaan,
Kerna itu yang dituntut,
Namun perlulah kita berwaspada,
Mereka yang berpolitik sentiasa menunggu,
Jangan biarkan mereka berkesempatan,
Kerna kamu bisa jadi bodoh...

-Xack Saputra-


*Manusia yang bodoh akan membiarkan dirimu hanyut ditipu tanpa mengambil sebarang tindakan.Kita harus bangkit menegakkan kebenaran kerana itu yang dituntut agama.Berani kerana benar,takut kerana salah.Hipokrasi adalah permainan kehidupan,jika kalah,anda seorang yang bodoh. Jadilah seorang yang jujur dan berwaspada akan manusia yang oportunis.