19 December 2009

Manusia durjana










Tenang jiwa,
Melihat alam bercahaya,
Semua sedang bersuara,
Berkata tentang manusia,
Yang kian menjahanamkan mereka.

Auramu mempersonakan,
Kekuatanmu kurasakan,
Tiada lagi erti sabar,
Hanya masa menentukannya,
Untuk menghukum manusia durjana.

Sedarlah manusia,
Kau sedang membunuh dirimu,
Janganlah bongkak dan takbur,
Sedar akan asal usulmu,
Ingatlah pada tuhan...



-Xack Saputra-

03 December 2009

Apabila berjauhan







Aku sudah lapar,
Lapar dari segala permainan,
Dahulu segalanya terang,
Kini semuanya kabur,
Atau memang ianya menghilang.

Perjalanan aku sepi,
Jauh lagi harus kutempuh,
Lihatnya seperti aku sendiri,
Meski ada yang menenangkanku,
Namun suatu saat kami berjauhan.

Bunga yang dicari kumbang kekal dihati,
Bunga itulah segalanya,
Namun kumbang itu juga perlukan kumbang,
Untuk dijadikan sahabat,
Menemaninya apabila berjauhan...


-Xack Saputra-

01 December 2009

Allahuakbar










Allahuakbar,
Takbir bergema lagi,
Di tengah ribuan manusia,
Manusia yang pelbagai kerenah,
Bercampur baik dan buruknya.

Tika kita melangkah masa,
Manusia kian berubah,
Umat Islam juga begitu,
Ada yang lebih baik,
Ada juga kearah kehancuran.

Kalian lihatlah dunia,
Perkara buruk sentiasa ada,
Bajingan,penyihir,pengumpat ada saja,
Janganlah kalian diam,
Kita perlu ubah mentaliti.

Sedang kita menuju akhir zaman,
Ramai manusia hanya Islam pada nama,
Jika dibarat Islam berkembang,
Tetapi ditimur lain ceritanya,
Adakah ini matahari yang muncul dari barat?

Allahuakbar,
Takbir bergema lagi,
Bersyukurlah kerna masih hidup,
Ruang taubat itu masih ada,
Allah itu maha penyayang...



-Xack Saputra-

22 November 2009

Ke Angkasa









Bersiap sedia bergerak,
Berpakaian kemas lagi canggih,
Latihan berbulan telah tamat,
Kini masanya untuk pergi,
Mencari jawapan di angkasa.

Deruman enjin memberi getaran,
Bayangan kematian bermain di jiwa,
Adakah aku mampu terbang,
Hidup mati aku ketepikan,
Harapan negara aku perjuangkan.

Setelah lama bergerak,
Aku terpegun lihat bumi,
Namun kapal ku tersasar,
Jauh dari stesen angkasa,
Hati kuremuk dalam ketakutan.

Kapalku rosak terbelah dua,
Aku terapung tanpa haluan,
Kupejamkan mata,
Tersenyum sendirian,
Selamat tinggal duniawi...



-Xack Saputra-

11 November 2009

Gadisku...








Dahulu aku lihat Gadis,
Aku kagum sendirian,
Tuhan itu maha adil,
Aku bertemu Gadis sendiri,
Yang bisa aku dekati.

Senduk ajaib pembuka kata,
Terjatuh senduk disambut aku,
Aku dan Gadis mula bersua,
Meski hanya sekejap,
Ia tetap bermakna,

Aku takut mendekati,
Kerna itulah aku,
Namun hatiku ditarik kuat,
Kau dan aku berkawan,
Kini aku bersama Gadis.

Aku dan Gadis kian mesra,
Hatiku ceria sentiasa,
Kau ada untukku selalu,
Biar apapun kulakukan,
Pasti kau tahu semuanya.

Hari ini sungguh bereti,
Tuhan takdirkan kau ada,
Aku doa umurmu panjang,
Agar kau dan aku bisa bersama,
Selamat hari lahir Gadisku...



-Xack Saputra-

07 November 2009

Oh Tuhan







Oh tuhan,
Telah berliku jalan,
Telah banyak halangan,
Kau balas dengan kemanisan,
Semuanya takdir-Mu.

Oh tuhan,
Dahulu kupernah bertanya,
Bagaimana ingin berubah,
Kau beri aku pengalaman,
Mungkin itu jawapannya.

Tuhan itu ada,
Bila senang manusia lupa,
Kebanyakannya hipokrit,
Memang manusia begitu,
Apabila susah baru meminta.

Siapa Tuhan,
Jika kau mencari,
Carilah dengan ikhlas,
Kebenaran itu ada,
Tuhan itu Maha mengetahui.

Tuhan itu Allah,
Islam menenangkanku,
Meski aku tidak sempurna,
Aku masih waras fikiran,
Oh Tuhan,kau segalanya.

Aku menyintaimu Tuhan,
Rasul dan nabi aku sayang,
Keluargaku tetap dihati,
Dirinya juga kucintai,
Aku sayang semua...


-Xack Saputra-

23 October 2009

Nilai kehidupan







Butir-butir pasir itu cantik,
Umpama debu-debu suci,
Pasir itu aku genggam,
Kemudian terbang ditiup angin,
Tiada lagi namanya pasir.

Hari itu hujan lebat,
Air-air ditanah mengalir,
Membawa butir-butir pasir itu,
Terkumpul di suatu tempat,
Menjadi tanah yang mendap.

Malam siang berlalu,
Lama aku hilang menyepi,
Aku datang kembali,
Kelihatan tanah itu subur,
Ada kehidupan diatasnya.

Aku hilang lagi,
Sekian lama aku muncul kembali,
Semuanya telah hilang,
Tanah itu tiada lagi,
Hilang tanpa sebab.

Hidup umpama kitaran,
Pasir hilang bercampur tanah
Tanah itu menyuburkan alam,
Sungguh cantik kehidupan itu,
Namun,tiada yang kekal abadi...


-Xack Saputra-

11 October 2009

Aku telah sampai










Sampai jua aku,
Tempat baru yang sungguh indah,
Burung-burung bersiulan,
Awan mendung di angkasa,
Cukup sempurna hari itu.

Hari itu sungguh berbeza,
Datangnya sekali setahun
Aku datang mereka sambut,
Pelbagai kejutan aku terima,
Terima kasih kalian.

***

Sahabat-sahabatku,
kalian hadir menceriakanku,
Tanpa kalian hidupku muram,
Namun aku rindu sesuatu,
Telah lama aku dalam kesepian.

Tika satu keramaian,
Aku terlihat seseorang,
Aku tidak pernah kenal dia,
Aku biarkan saja,
Kerna aku takut.

Setelah lama menghilang,
Dia muncul kembali,
Dia datang kepadaku,
Semuanya secara kebetulan,
Mungkin ini namanya takdir.

***

Sepi telah lama pergi,
Hidupku kian bermakna,
Sampaiku disini disambut rakan-rakan,
Dia juga hadir pada hari itu,
Sungguh aku bersyukur pada-Nya...

-Xack Saputra-

08 October 2009

Suasana yang berbeza







Salji turun dingin suasana,
Tergetar aku merasakannya,
Aku perlu berlindung,
Sungguh aku manusia biasa,
Mati aku jika berdiam.

Tika suasana tenang,
Permandangan cukup indah,
Namun aku tetap bergerak,
Bergerak perlahan ke sesuatu tempat,
Mencari suasana yang berbeza.

Kadang-kadang aku bingung,
Mengapa cepat aku ingin kesana,
Bukankah sini lebih nyaman?
Namun masa bergerak pantas,
Aku tiada kuasa menghalangnya.

Aku hampir sampai,
Ke suatu tempat yang aneh,
Dimana aku lihat perubahan,
Aku lihat suasana cantik,
Namun aku sayang untuk berubah.

Segala yang lepas aku tinggalkan,
Suasana baru ini penuh keazaman,
Manusia itu tidak kekal,
Jesteru aku sedar,
Aku tidak perlu menoleh lagi.

Tropika hujau memukau jiwa,
Suasana baru untuk berubah,
Azam yang kuat pemangkin jiwa,
Aku ingin perubahan,
Kerna memang itu naluri manusia...


-Xack Saputra-

02 October 2009

Gadis yang menenangkan







Aku lihat gelagat manusia
Aku nampak seorang penunggu,
Sungguh tenang wajah,
Tanpa jemu dia menanti,
Seseorang yang penting dalam hidupnya.

Siapakah gerangannya,
Dia berkata gadis,
Gadis yang sering dihatinya,
Gadis yang ingin dipimpinnya,
Alangkah untungnya gadis itu.

Setelah lama aku disitu,
Gadis datang berbaju kurung,
Sungguh bertuah lelaki itu,
Kerna dicintai wanita seperti Gadis,
Penampilannya cukup menenangkan hati...


-Xack Saputra-

28 September 2009

Sesuatu menarik








Tika aku berjalan sendirian,
Aku melintasi pelbagai kehidupan,
Tunduk dan membisu tanpa menoleh,
Dalam keriuhan aku berhenti,
Terdengar dan melihat sesuatu.

Tidak,kenapa perlu menoleh,
Jangan kau menoleh,
Bukankah lebih baik mendiam,
Kata-kata kau itu bisa,
Sakit jika mereka mendengarnya.

Tidak,aku manusia,
Apa yang dilihat menarik,
Salahkah aku?
Aku punya hati dan perasaan,
Bukan robot mengikut arahan.

Aku lihat sesuatu,
Bukan kerna cantik,
Tetapi menarik,
Aku rindu perasaan ini,
Kerna sudah lama ia menghilang...


-Xack Saputra-

25 September 2009

Hari raya aku beraya








Hari raya aku beraya,
Beraya dengan hati gembira,
Berkumpul sanak saudara,
Namun sedih jua dihati,
Mengenangkan mereka yang telah pergi.

Hari raya aku beraya,
Beraya dengan perasaan berbeza,
Sungguh bermakna kali ini,
Tiada lagi rasa kekok,
Aku dan mereka kian serasi,

Hari raya aku beraya,
Beraya dengan sungguh bersemangat,
Kali ini terasa bezanya,
Aku dilayan seperti dewasa,
Mungkin telah sampai waktunya.

Hari raya aku beraya,
Beraya dengan penuh kemesraan,
Janganlah sekadar hari raya,
Biarlah berpanjangan,
Supaya hati senang sentiasa...


-Xack Saputra-

10 September 2009

Malam-malam terakhir






Selama aku pergi,
Aku tinggalkan segalanya,
Kini aku muncul kembali,
Mengejar sesuatu ketenangan.

Malam-malam terakhir ramadhan,
Membuatku termenung,
Berfikir sejenak tika sendirian,
Bukan mudah menghadapinya,
Hanya berlaku sekali setahun,
Menentukan takdir kita seterusnya.

Fikirlah,
Mungkin kita tiada lagi nanti,
Mungkin ini malam terakhir kita,
Kejarlah kenikmatannya,
Menangislah kalian,
Berdoalah kepada-Nya,
Sungguh kita manusia yang hina,
Mohonlah pada-Nya,
Tuhan sekalian alam...


-Xack Saputra-

31 August 2009

Hanya sekadar mimpi










Cengkerik berirama,
Memecah kesepian purnama,
Terdetik sebentar dihati,
Tersedar dari lamunan kasar,
Terpaku dalam dunia nyata.

Berserabut permikiran,
Merobek hati kecilku,
Sungguh perit derita itu,
Laksana mata dihiris pisau,
Mungkin mati juga bisa,
Namun air berkocak kian tenang,
Masalah pergi dari ingatan,
Semua hanya sekadar mimpi...


-Xack Saputra-

25 August 2009

Ramadhan








Ramadhan,
Seluruh alam menantimu,
Bulan yang penuh rahmat,
Membawa seribu makna,
Untuk dimengerti manusia.

Ramadhan,
Kamu semakin disalah erti,
Rasulullah pernah bersabda,
Diakhir zaman ramai berpuasa,
Namun hanya menahan lapar dahaga.

Ramadhan,
Mereka menahan lapar dahaga,
Kerna menuruti suruhan Allah,
Namun mereka lupa tutup aurat dan solat,
Bukankah itu juga suruhan Allah,

Ramadhan,
Bulan yang penuh rahmat,
Bukanlah sekadar menahan lapar dahaga,
Lakukanlah segala perintah-Nya,
Moga tidak menjadi manusia yang rugi...


-Xack Saputra-

20 August 2009

Apakah perasaan kamu?







Kamu mengharap sesuatu,
Kamu cuba mendapatkannya,
Macam-macam usaha dilakukan,
Namun kamu telah gagal,
Apakah perasaan kamu.

Kamu menjelaskan sesuatu,
Mereka tidak faham,
Kamu cuba menerangkannya,
Mereka tetap tidak mengerti,
Apakah perasaan kamu.

Kamu cuba berbaik,
Mereka mula beramah mesra,
Namun jika kamu terlupa,
Mereka tidak mengendahkan kamu,
Apakah perasaan kamu.

Kamu cuba menjadi sempurna,
Kamu buat yang terbaik,
Namun masalah tetap datang,
Jangan kamu bersedih,
Kerna itu hakikat kehidupan.

Walau apapun perasaan kamu,
Ceriakanlah diri,
Sering berfikir positif,
Kerna itu akan membuatmu mengerti,
Hidup ini tidak selalunya indah...


-Xack Saputra-

12 August 2009

Kekeliruan yang melanda diri







Aku nampak kelip-kelip,
Warnanya menarik,
Aku cuba tangkap,
Namun tidak kesampaian,
Kerna tiada lagi kesungguhan.

Aku dengar lagu,
Melodinya sungguh indah,
Aku cuba menari,
Namun tidak kesampaian,
Kerna jiwaku kosong.

Apa semua ini,
Tiada lagi getar dijiwa,
Naluriku terdiam,
Kebiasaan menjadi kekok,
Tiada lagi keinginan.

Kenapa tiada pengisian,
Apakah aku terlalu diam,
Sungguh aku keliru,
Apa yang aku inginkan,
Kemana harus kupergi.

Aku perlukan masa yang panjang,
Berfikir tentang diri sendiri,
Berfikir tentang masa lalu,
Supaya aku lihat semua masalah,
Agar aku sedar siapa aku...


-Xack Saputra-

10 August 2009

Berubahlah wahai manusia











Wahai manusia,
Adakah kamu tahu siapa kamu,
Adakah kamu mengerti sifatmu,
Kenalilah diri sendiri,
Barulah mampu menilai manusia lain.

Wahai manusia,
Kenapa kamu fikir tentangmu saja,
Kanapa manusia lain saja salah,
Adakah kamu suci,
Namun tiada manusia sempurna.

Wahai manusia,
Tindakanmu akan kembali kepadamu,
Semuanya bermula dari diri sendiri,
Bersikaplah dengan baik,
InsyaAllah tiada lagi permusuhan.

Wahai manusia,
Terimalah hakikat ini,
Berubahlah secepat mungkin,
Jangan biarkan nafsu memerintah,
Kerna itu akan membinasakan diri....


-Xack Saputra-

29 July 2009

Perjalanan Hidup







Terbanglah dikau,
Terbang sejauh mungkin,
Biar hilang dari permandangan,
Usahlah dikau menoleh kebelakang,
Teruskanlah perjalananmu.

Larilah sekuat hatimu,
Umpama mengejar sesuatu,
Jangan biarkan diri berhenti,
Usahlah takut akan kekuatan diri,
Cubalah sedaya mungkin.

Andai dikau bisa bergerak jauh,
Janganlah bergerak sendirian,
Lihat dan tolehlah sekeliling,
Hidup bersama akan membawa berkat,
Sama-samalah maju dalam kehidupan.

Andai dikau bisa undurkan waktu,
Imbaslah kembali perjalananmu,
Kenang kembali jasa-jasa mereka,
Mereka yang telah membantumu,
Janganlah kamu lupakan mereka.

Andai dikau melakukan kekhilafan,
Rasailah akibatnya,
Janganlah dikau berputus asa,
Kerna selagi roh bersama badan,
Masih ada lagi ruang kemaafan...


-Xack Saputra-

26 July 2009

Mengharap pada-Mu






Setelah berkurun,
Aku berdiri teguh,
Tanpa sebarang halangan,
Kini aku tumbang,
Terdiam bersendirian.

Alangkah bagusnya aku,
Jika sentiasa teguh,
Mampu membuat apa saja,
Akan tiada gangguan,
Sentiasa bertenaga.

Namun,aku manusia,
Hanya mampu merancang,
Hidupku ditentukan-Nya,
Hari ini aku sihat,
Esok mungkin aku pergi.

Ya Allah,ya tuhanku,
Berikanlah kekuatan.
Sesunguhnya aku sedang berusaha,
Perjuangan yang belum tamat,
Aku hanya berharap pada-Mu...


-Xack Saputra-

23 July 2009

Jangan pernah mengeluh







Dengarkanlah,
Bicara hati,
Yang sedang gembira,
Kerna tenang jiwa,
Tiada tekanan.

Tenang fikiran,
Walaupun ianya sementara,
Akan kuhargai sepenuhnya,
Merehatkan minda,
Untuk pertempuran selanjutnya.

Strategi dirancang,
Siap sedia bala tentera,
Dilengkapi senjata canggih,
Untuk berperang,
Demi kepentingan kelak.

Lepaskan semua,
Jangan pernah mengeluh,
Tembak saja habis-habisan,
Biar mati dalam berjuang,
Jangan mati dalam kehinaan...


-Xack Saputra-

20 July 2009

Pilihan kehidupan manusia







Satu impian,
Yang dicari,
Tiada lagi keraguan,
Tidak perlu terburu-buru,
Lakukan dengan bijak.

Satu destinasi,
Yang sudah pasti,
Bukakanlah kaki,
Melangkah dengan penuh makna,
Menuju destinasi itu.

Satu pilihan,
Yakinlah akannya,
Tanpa keraguan,
Usahlah berpaut pada orang lain,
Fikirlah sebelum memilih.

Satu perkataan,
Mampu memberi kesan mendalam,
Mampu menghancurkan dunia,
Jagalah percakapan,
Kerna itu yang terbaik.

Satu jawapan,
Walau apapun yang dipilih,
Hanya satu hasilnya,
Tiada ruang untuk berpatah balik,
Pilihlah yang terbaik...



-Xack Saputra-

17 July 2009

Keindahan Malam









Malam itu luas,
Bintang-bintang penuh diangkasa,
Berkelipan menghiasi malam,
Sungguh cantik permandangan,
Jauh berbeza dengan siang.

Malam manusia hilang,
Lena dibuai mimpi,
Apabila bangun hilang semua,
Keindahan panorama,
Alangkah ruginya manusia.

Malam pasti manusia lena,
Supaya jarang menikmati malam,
Kerna jika sering dinikmati,
Semuanya akan terbiasa,
Tiada lagi malam indah lagi tenang,


-Xack Saputra-

09 July 2009

Masa itu emas












Masa itu emas,
Harganya sungguh bernilai,
Sungguh dulu aku tidak tahu,
Akan pentingnya masa,
Kini ia sungguh dihargai.

Mungkin manusia pelik,
Akan apa yang berlaku,
Sungguh aku bukan robot,
Aku hanya manusia biasa,
Yang cuba menghargai masa.

Hari berjalan pantas,
Pembelajaran semakin mencabar,
Ujian sana dan sini,
Aku harus usaha,
Mendapat yang terbaik.

Masa itu emas,
Jika aku mengerti kamu dahulu,
Pasti aku tidak sebegini,
Namun tidak terlambat bagiku,
Akan aku usaha lagi...


-Xack Saputra-

01 July 2009

Suasana baru








Suasana baru,
Tiada siapa duga,
Apa yang akan berlaku,
Semua ingin terbaik,
Namun,mampukah?

Suasana baru,
Permulaan yang baik,
Keseronokan dirasai,
Silaturahim terjalin,
Pengalaman manis bertambah.

Suasana baru,
Semakin lama ianya pudar,
Beransur menjadi normal,
Cabaran mula terasa,
Mampukah menghadapinya?

Suasana baru,
Hidup tidak selalu manis,
Segala cabaran itu ujian,
Suasana baru yang lebih matang,
Menjadikan diri lebih dewasa...


-Xack Saputra-

29 June 2009

Suka dan duka









Siapa rasa gembira,
Siapa hatinya suka,
Bagaimanakah rasanya,
Pasti enak dan seronok sungguh,
Namun,adakah ianya selalu?

Gembira dan sedih itu lawan,
Sering bertukar-tukar,
Tiada makna gembira itu,
Kalau memang tiada kesedihan,
Kerna kalian akan lebih mengerti.

Ketika sedih siapa ada,
Dimana kawan dan sahabat,
Jika memang tiada,bersabarlah kalian,
Itu semua ujian,
Fikirlah secara positif.

Ketika gembira janganlah sendiri,
Kongsilah dengan rakan-rakan,
Kerna perkongsian itu sungguh bermakna,
Usahlah kedekut dan bakhil,
Pasti hidup bahagia selalu...


-Xack Saputra-

28 June 2009

Perempuan









Perempuan,
Dirimu insan yang lemah,
Penuh dengan kelembutan,
Namun,tersimpan semangat waja,
Yang terus memangkin kehidupan.

Dirimu memerlukan lelaki,
Yang akan memimpinmu,
Yang akan membawamu,
Kejalan yang benar,
Demi menjadi insan yang bertakwa.

Kekuatanmu berbeza,
Namun ianya bukan penghalang,
Segalanya telah adil belaka,
Lelaki dan perempuan ada tugasnya,
Bersatu akan melengkapkannya.

Nalurimu begitu kuat,
Sesuai dengan perananmu,
Seorang ibu yang penyayang,
Seorang isteri yang patuh,
Kepada anak dan suami tersayang...


-Xack Saputra-

25 June 2009

Lelaki








Lelaki berdiam,
Bukan tanda melepaskan,
Malah mereka kisah,
Cuma ego menghalang,
Dari bertindak prihatin.

Apa fungsi ego,
Lelaki itu ego,
Lebih dari perempuan,
Ego kepada sesetengah manusia,
Yang tidak memahami.

Lelaki itu kuat,
Ketua keluarga,
Namun,ada yang memperihalkannya,
Sedarlah akan hakikat kehidupan,
Sesungguhnya segalanya telah adil.

Aku lelaki,
Aku mengerti apa itu lelaki,
Tujuan dan kehendaknya,
Namun,ego lelaki itu ada lemahnya,
Tetap memerlukan wanita...


-Xack Saputra-

22 June 2009

Diam saja tidak berguna







Kalian rentangkan saja idea,
Tanpa sebarang halangan,
Kalian lepaskan saja kata-kata,
Biar berlari tanpa henti,
Kerna itu bisa membantu.

Menyimpan kata-kata,
Memendam dihati,
Bisa membuat kalian terdiam,
Sedih menunggu masa,
Tanpa sebarang perkembangan.

Bangkitlah dari tidur,
Usahlah berdiam diri,
Mana pergi semangat waja,
Belum keluar roh dari jasad,
Maka berjuanglah kalian.

Belajar mengenang jasa,
Ibu bapa yang bersemangat,
Keluarlah apa yang ada,
Semangat kental hadapi segalanya,
Demi menjadi insan berjaya.

Usah ragu dengan diri,
Usah gentar pada cabaran,
Kalian jadi manusia yang hebat,
Yakin pada Ilahi,
Pasti kalian bisa lakukan...


-Xack Saputra-

13 June 2009

Kematian itu tidak dijangka







Awan cerah dilangit,
Diterangi cahaya matahari,
Sungguh indah permandangan,
Begitu juga keindahan hidup,
Yang terus melalaikan.

Manusia itu lemah,
Sentiasa leka dan lupa,
Aku cuba mendekati-Mu,
Mengharapkan keredaan-Mu,
Namun Kau yang menentukannya.

Aku lihat satu mayat,
Terpaku tanpa nyawa,
Bensendirian didalam kubur,
Memasuki alam yang berbeza,
Hanya Allah yang mengetahui.

Aku terbayangkan diriku,
Menjadi mayat itu,
Alangkah takut dan sedihnya hati,
Kerna aku tahu,
Diriku insan yang lemah.

Wahai penciptaku,
Manusia itu pasti mati,
Kematian itu tidak dijangka,
Membuatkanku sering tertanya,
Bilakah pula ajalku tiba...


-Xack Saputra-

07 June 2009

Manusia perlu rajin








Semut itu kecil,
Bersatu membentuk koloni,
Sungguh rajin semut itu,
Bekerja tanpa henti,
Bukankah bagus manusia begitu.

Lebah itu bahaya,
Kerna lebah mampu menyengat,
Namun lebah rajin bekerja,
Mengumpul madu-madu yang enak,
Manusia patut mencontohinya.

Hari semakin hari,
Kerja-kerja makin menimbun,
Aku perlu menjadi rajin,
Aku perlukan inspirasi,
Kehidupan alam menarik hatiku.

Lebah dan semut ciptaan Tuhan,
Sungguh rajin dua makhluk ini,
Marilah manusia kita berfikir,
Kerajinan itu memang dituntut,
Umpama lebah dan semut...


-Xack Saputra-

02 June 2009

Erti berpasangan









Kulihat bunga itu indah,
Cantik sungguh bentuknya,
Warna yang beraneka jenis,
Alangkah indah ciptaan-Nya,
Membuatkan aku terpegun.

Kehidupan itu berpasangan,
Itulah yang Allah telah ciptakan,
Bunga itu pasti ada pasangannya,
Manusia juga begitu,
Namun,apakah erti berpasangan itu?

Dulu aku tidak mengerti,
Dulu aku tidak pasti,
Kini aku lebih mengetahui,
Cintalah pada Ilahi,
Maka bertemulah Adam dan Hawa.

Aku dan kau berbicara,
Soal masa depan yang dicari,
Mungkin ada,mungkin tiada,
Berdoa saja pada Ilahi,
Biar takdir yang menentukannya...

29 May 2009

Sayangilah Ibu Bapa







Ketika kecil kau bermanja,
Membesar bersama ibu bapa,
Apabila besar kau telah matang,
Mampu befikir sendiri,
Mampu menjalankan tanggungjawab.

Sejauh mana kau pergi,
Sejauh mana kau merantau,
Ingatlah mereka sentiasa,
Yang telah menjagamu dahulu,
Dengan penuh kasih sayang.

Sayangilah mereka,
Selagi mereka masih hidup,
Kerna ajal maut di tangan tuhan,
Janganlah kau sombong dan ego,
Kerna kau pasti akan menyesal...


-Xack Saputra-

26 May 2009

Rindu yang mendalam







Sekian lama tidak ketemu,
Sekian lama tidak bersua,
Kerinduan kian membara,
Seronok hati melihat kamu,
Meski jauh dibenua lain.

Ketika kulihat kamu,
Ketika kumendengar kamu,
Riang dihati tiada yang tahu,
Ingin dikongsi pada semua,
Kerna hati sungguh gembira.

Mungkin diriku ego,
Jika memang kumenipu,
Namun,itu bukan diriku,
Hakikatnya rindu yang mendalam,
Meski kuberdiam diri...


-Xack Saputra-

22 May 2009

Bergembira











Permulaan menjadi bagus,
Apabila hati memang ikhlas,
Ikhlas bersatu-padu,
Ikhlas bersama-sama,
Tanpa ada rasa benci.

Bibit-bibit kelunturan kian pergi,
Diganti erti penyatuan,
Kekallah penyatuan ini,
InsyaAllah itu memang bisa,
Kalau hati sudah tekad.

Gembira bersama,
Berjalan bersama,
Moga selamat semua,
InsyaAllah tiada masalah,
Selamat pergi dan pulang.

Hari itu bakal tiba,
Persiapan kian rancak,
Harapan semua berseronok,
Tanpa melepasi batasan,
Kerna tidak mahu bencana menimpa...


-Xack Saputra-

18 May 2009

Kesepakatan







Suatu ketika,
Tiada siapa bersuara,
Kesepakatan tidak tercapai,
Semua bersendirian,
Membawa diri sendiri.

Mereka yang tua pergi,
Mereka yang muda datang,
Nilai-nilai lama dikekalkan,
Idea-idea baru dilahirkan,
Mungkinkah ini yang dicari.

Kian bersatu semua,
Berkongsi pendapat dan pandangan,
Harap ianya berkekalan
Kerna bersatu kita teguh,
Bercerai kita roboh...


-Xack Saputra-

15 May 2009

Kegusaran







Dari jauh kedengaran,
Tidak timbul rasa takut,
Kerna ianya jauh disana,
Seakan-akan mustahil,
Namun ia tetap datang.

Taurat kata haram,
Injil kata haram,
Haram tetap haram,
Namun mereka lupa,
Akhirnya semua menjadi parah.

Hari makin hari,
Keadaaan bertambah gusar,
Manusia jatuh perlahan-lahan,
Diserang makhluk kecil,
Kalah jua manusia sekuat gajah.

Bangkitlah sekalian manusia,
Berdoa kepada Ilahi,
Allah itu Maha Berkuasa,
Musnahkanlah virus kecil itu,
Demi keamanan manusia sejagat...


-Xack Saputra-

14 May 2009

Memahami









Bila manusia marah,
Semua menjadi salah,
Bila semua salah,
Semua akan dihukum,
Namun benarkah ianya salah.

Bila nafsu menguasai diri,
Semua benda betul,
Bila semua benda betul,
Semua tindakan mengikut hati,
Namun benarkah ianya betul.

Bila salah siasat,
Bila betul juga siasat,
Kerna kita perlu yakin,
Yakin akan fakta terbabit,
Agar segala tindakan relevan.

Jangan menuduh melulu,
Umpama diri itu benar belaka,
Kerna manusia tidak sempurna,
Tidak bisa lari dari kesilapan,
Kadang-kadang ianya disalah erti.

Cubalah memahami,
Akan segala permasalahan,
Kerna memang naluri manusia,
Bisa berunding dan memahami,
Agar dunia menjadi aman sentosa...


-Xack Saputra-

10 May 2009

Perjuangan









Kental jiwa menghujahi kata,
Kesat dan kasar diungkapkan,
Jahanam disimpulkan,
Kekejaman itu binasa,
Tidak mungkin berkekalan.

Akhir zaman kian tiba,
Menjanjikan dunia yang kejam,
Manusia lupa apa itu agama,
Mana pergi pegangan,
Hancurlah mereka kemudian hari.

Sedarlah wahai manusia,
Tanpa kau sedari,
Dunia kejam impian semua,
Sikap kau perlu diubah,
Kembalilah pada prinsip agama.

Ya Allah,Ya Tuhanku,
Kau Maha penyayang,
Kau Maha pengasih,
Selamatkanlah kami,
Seluruh umat Muhammad.

Tidak akan kau gentar,
Jika memang kau Islam,
Berjuanglah kau,
Menegakkan kebenaran,
Meski dalam konteks pergaulan.

Amal budaya Islam,
Jangan kau khuatir,
Kerna pasti mereka ikut kau,
InsyaAllah kau berjaya,
Jika memang kau ikhlas...


-Xack Saputra-

07 May 2009

Sepi








Sepi sinaran,
Berkurangan setiap masa,
Menunggu waktu lelap,
Terpadam sendiri,
Lemah gemulai jadinya.

Buka minda,
Beliak mata,
Bangkitkan diri,
Kejar impian,
Jadikan realiti.

Kenang akan sejarah,
Manusia pasti berubah,
Dahulu masyarakat berbeza,
Kemudian kembali normal,
Namun,sejarah mungkin berulang.

Masa itu kejam,
Berlalu tanpa henti,
Tiada masa untuk mengerti,
Akan semua ini,
Biarlah angin membawanya pergi...


-Xack Saputra-

04 May 2009

Semester baru








Angin sejuk menusuk hidung,
Sengal-sengal dibadan terasa,
Berdering telifon,
Keluar aku dari bilik,
Menuju ke satu tempat.

Azan subuh kedengaran,
Alhamdulillah kukatakan,
Semangat aku dihadapan-NYa
Kepada-Nya aku bersujud,
Kepada-Nya jua aku berdoa.

Semester baru telah tiba,
Aku berazam untuk berjaya,
Aku memohon pada-Mu,
Moga permudahkan kami,
Menempuh semester baru ini.

Aku hanya insan biasa,
Ada cacat celanya,
Mana ada manusia sempurna,
InsyaAllah akan kuusaha,
Namun,Kau yang menentukannya...


-Xack Saputra-

01 May 2009

Cerita hantu








Berbunyi engkau,
Setelah lama membisu,
Aku lihat kamu,
Penuh dengan kata-kata,
Mereka mengajak aku.

Dimana mereka pergi,
Aku ikut saja,
Dimana mereka ajak,
Aku pergi saja,
Kerna aku tahu ianya seronok.

Berjalan-jalan aku dan mereka,
Menonton wayang pilihan kami,
Cerita hantu menjadi kesukaan,
Kerna kami mahu cabaran,
Menguji tahap keberanian.

Mula-mula aku biasa,
Untuk apa aku takut,
Takut pada Tuhan saja,
Cuma aku cuak,
Disaat ada tikaman dan cungkilan.

Tergelak aku dan mereka,
Melihat gelagat orang,
Menjerit sana dan sini,
Sungguh berkesan cerita itu,
Tidak rugi kumenontonnya...


-Xack Saputra-

29 April 2009

Hidup itu permainan








Kelasi mendengar kata,
Kapten mengarahkan arahan,
Mereka berlayar menerusi lautan,
Kelasi itu suruhan,
Tiada kuasa melawan kata.

Kuli nistaan disuruh-suruh,
Tanpa mengenal erti penat,
Alasan mereka telah dibayar,
Mana pergi erti kemanusiaan,
Seseorang yang bergelar majikan.

Aku jadi itu,
Kamu jadi ini,
Kenapa ada beza,
Siapa yang menilai,
Bolehkah kita mengubahnya?

Hidup umpama permainan,
Semua telah dipercaturkan,
Usah mengungkit dan mengeluh,
Kerna semua perkara ada hikmahnya,
Kita harus bersyukur atas segalanya...


-Xack Saputra-

27 April 2009

Sahabat lama










Berbulan hilang,
Masing-masing berbeza,
Membawa diri,
Demi mengejar Ilmu,
Demi mendukung cita-cita.

Kian lama tidak ketemu,
Kian lama hilang berita,
Mereka kembali,
Kembali bertemu mereka,
Sahabat-sahabat lamaku.

Dulu mereka ada sentiasa,
Sama-sama mengejar ilmu,
Sama-sama gelak dan tawa,
Tidak mungkin aku lupa,
Semua kenangan itu.

Kini,
Peluang itu telah datang,
Aku dan mereka ketemu,
Setelah lama berpisah,
Mereka sahabat-sahabatku...


-Xack Saputra-

26 April 2009

Putih itu kamu









Putih itu suci,
Merah,biru,hijau itu corak,
Yang sentiasa menghiasi hidup,
Putih itu kamu,
Merah,biru,hijau itu aku dan mereka

Sungguh indah bulan purnama,
Lagi indah bintang berkelipan,
Akan kujadikan kamu bulan,
Akan kujadikan kamu bintang,
Kerna kamu memang indah.

Meskipun kamu tidak mengerti,
Meskipun kamu tidak memahami,
Biarlah aku sendiri,
Memujimu sendirian,
Tanpa mengharapkan sesuatu.

Dalam mimpi aku lihat kamu,
Penuh kelembutan,
Untukkmu akan kusemaikan,
Nilai tulus dan ikhlas,
Moga kamu mengerti...


-Xack Saputra-

24 April 2009

Paksa rela







Sayu mata,
Layu badan,
Kian lemah tenagaku,
Namun aku masih kuat,
Ditambah tenaga positif.

Berhari-hari aku sendiri,
Jauh dari mereka,
Sendiri aku tidaklah sunyi,
Kerna manusia masih ada,
Untukku berkomunikasi.

Disana aku kuat,
Aku belajar apa erti tumpuan,
Disana aku berbeza,
Aku sedar apa erti serius,
Akan kujadikan pengajaran.

Pelbagai dugaan,
Telah kutempuh dengan kekuatan,
Paksa rela kulakukan.
Demi mengejar impian,
Belajar di Benua Amerika...


-Xack Saputra-

18 April 2009

Kesakitan











Pagi cerah menyinar,
Membuka lembaran baru,
Perjuangan belum tamat,
Bersemangat aku hadapinya,
Hati berkobar-kobar.

Saat aku pulang,
Ketika perjuangan kian tamat,
Dia menyerang,
Tergetar aku menghadapinya,
Mungkin ini dugaan-Nya.

Sakitnya membara umpama api,
Inginku curah air sebaldi,
Inginku kembali normal,
Bukan kupinta sakit begini,
Habuk kaulah musuh ketatku.

Kepahitan mendatang,
Dikala aku berjuang,
Buat kali terakhir,
Aku jatuh lemah,
Tanpa sebarang pertolongan.

Ubat,
Kau bagiku tiada erti,
Memang begini nasibku,
Namun,kini Alhamdulillah,
Aku berjaya menghadapinya...


-Xack Saputra-

15 April 2009

Hampa








Berdetik-detik,
Saat dan minit berjalan,
Terbayang aku,
Dikala kusendirian,
Hampa memikirkan jawapan.

Terduduk aku,
Di medan peperangan,
Diserang ganas,
Aku berlawan,bertempur,
Tanpa sebarang senjata.

Terhentiku belayar,
Di Lautan Hindi,
Ribut taufan melanda,
Memecahkan layarku,
Termenungku sendirian.

Pasrah hati,
Kerna telah kupasti,
Semua ini akan berlaku,
Akan kucuba lagi,
Bila masanya telah tiba...


-Xack Saputra-

14 April 2009

Usaha










Tekunku menulis,
Melihat pada fakta,
Mengingat pada kiraan,
Belajar aku,
Selagi aku mampu.

Sejuk aku,
Angin berpusu meniup,
Menaikkan bulu romaku,
Aku hiraukan saja,
Belajar aku dalam kedinginan.

Hujan lebat,
Petang ke malam,
Tanpa henti bumi dibasahi,
Menyuramkan suasana,
Sayu dingin malam.

Belajar aku,
Walau apapun suasana,
Kerna aku perlu usaha,
Usaha selagi mampu,
Kepada-Nya kuserah kemudian...


-Xack Saputra-

12 April 2009

Tersirat










Indahnya fenomena alam,
Menghiasi corak kehidupan,
Manusia mengkaji,
Mengkaji akan keunikan alam,
Untuk kesejahteraan bersama.

Laut,
Birumu indah mengaburi mata,
Ombakmu beralun mengukir corak,
Luaranmu hanyalah biru,
Didalammu wujud pelbagai makhluk.

Hutan,
Hijaumu menyenangkan hati,
Udara nyaman dapat dihirup,
Hijau itu hanya luaran,
Flora faunamu cukup mengagumkan.

Alam dan manusia itu sama,
Kita saling berkaitan,
Kita perlukan alam,
Alam perlukan kita,
Usahlah manusia khianati alam.

Alam diluarnya kosong,
Didalamnya menakjubkan,
Manusia diluarnya nama,
Didalamnya misteri,
Alam dan manusia itu sama.

Kalian lihat pada tersurat,
Padahal tersirat itu penting,
Jangan dilihat pada luaran,
Pentingkan isi dalaman,
Inilah hakikat kehidupan...

-Xack Saputra-