12 August 2009

Kekeliruan yang melanda diri







Aku nampak kelip-kelip,
Warnanya menarik,
Aku cuba tangkap,
Namun tidak kesampaian,
Kerna tiada lagi kesungguhan.

Aku dengar lagu,
Melodinya sungguh indah,
Aku cuba menari,
Namun tidak kesampaian,
Kerna jiwaku kosong.

Apa semua ini,
Tiada lagi getar dijiwa,
Naluriku terdiam,
Kebiasaan menjadi kekok,
Tiada lagi keinginan.

Kenapa tiada pengisian,
Apakah aku terlalu diam,
Sungguh aku keliru,
Apa yang aku inginkan,
Kemana harus kupergi.

Aku perlukan masa yang panjang,
Berfikir tentang diri sendiri,
Berfikir tentang masa lalu,
Supaya aku lihat semua masalah,
Agar aku sedar siapa aku...


-Xack Saputra-

2 comments:

Anonymous said...

smakin lama sajak2 kau smakin puitis...

klu dlu maksud tersiratnya agak mudah utk aku fahami...

skrg...aku juga kurang mengerti apa yg kau mksudkan...

jadi...pertama, aku ucapkn tahniah kerana bakat kau smakin tajam...

kedua, klu ade mslh, kongsi2 la ek...huhuhu...

Xack Saputra said...

kepada farsyabrynna...
-kalau dulu aku bercerita tentang aku sahaja
-tetapi sekarang aku bercerita tentang kisah2 kawan,atau apa2 yang terfikir...
-tp tiada masalah pn :-)