10 May 2009

Perjuangan









Kental jiwa menghujahi kata,
Kesat dan kasar diungkapkan,
Jahanam disimpulkan,
Kekejaman itu binasa,
Tidak mungkin berkekalan.

Akhir zaman kian tiba,
Menjanjikan dunia yang kejam,
Manusia lupa apa itu agama,
Mana pergi pegangan,
Hancurlah mereka kemudian hari.

Sedarlah wahai manusia,
Tanpa kau sedari,
Dunia kejam impian semua,
Sikap kau perlu diubah,
Kembalilah pada prinsip agama.

Ya Allah,Ya Tuhanku,
Kau Maha penyayang,
Kau Maha pengasih,
Selamatkanlah kami,
Seluruh umat Muhammad.

Tidak akan kau gentar,
Jika memang kau Islam,
Berjuanglah kau,
Menegakkan kebenaran,
Meski dalam konteks pergaulan.

Amal budaya Islam,
Jangan kau khuatir,
Kerna pasti mereka ikut kau,
InsyaAllah kau berjaya,
Jika memang kau ikhlas...


-Xack Saputra-

21 comments:

Anonymous said...

sesorg prnh mngatakan:

"jika sesuatu perkara yg anda lakukan itu mndpt pujian n disukai masyarakat [yg tdk beriman] maka apa yg anda lakukan itu salah...tetapi jika apa yg anda lakukan itu tdk disenangi walau oleh org islam sndiri [yg lemah imannya] maka apa yang anda lakukan itu benar"

usah gentar mempertahankan nama suci islam...teruskan berjihad fisabilillah...

jazakallahu khairan kathiran...

Xack Saputra said...

kepada farsyabrynna...
-terima kasih
-pendapat yang bernas..ya,akhir zaman ni semua dh terbalik
-hanya pegangan yang kuat kepada agama mampu menahan diri dr kekufuran dan mengenal pasti apa yg benar dn salah dari segi keimanan kepada-Nya...

PuteriBonda Anis said...

salam

sy pernah terbc..

"Pergaulan di antara lelaki dan perempuan pada hari ini diibaratkan seperti minyak dengan api,
apabila tersentuh maka maraklah ia."

lg satu..
ingtlh..
Sabda Rasulullah saw
"Bermula Islam itu asing dan kelak akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah orang-orang yang terpencil yang tidak banyak kawannya, iaitu orang yang melestarikan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia" (Muslim dan Tarmidzi)

teruskan berjuang saudara seislamku..
walaupun kau keseorngn mempertahankan agamamu dan agamaku..
yakinlah..
Allah Melihat kamu..
Dia mengetahui apa pekerjaanmu..
Dia mengetahui kesusahan dan perngorbanan mu..
Dia mengetahui kegusaran yg melanda dlm jiwamu..
Dia Maha mengetahui..

tapi yakinlah saudara seislamku..
Dia takkan mensia-siakan usahamu..
walaupun usahamu sekecil kuman cuma..
dan tegakkanlah islam di dlm dirimu,
insyaAllah,
kamu akn dapati islam akn tertgk dgn sendirinya di sekelilingmu..

renung2kan kembali..
sudah sampaikah kita ke tahap itu.......

Xack Saputra said...

kepada nisa...
-wah,panjangnya tp benarlah apa yang dikatakan.
-fahaman2 dn gerakan2 moden kian meningkat jumlahnya(sekularisme, liberalisme, ateisme ,anti-sunnah dn sebagainya)
-kita pelu lebih berhati-hati supaya tidak terikut.
-ayat2 kamu diatas patut diketahui umum bg menyedarkan mereka yang terlalai.
-tidak terlambat untuk berubah.
-semua orang Islam harus sedar terutama pelajar2 yg akn menjadi pemimpin masa hadapan

PuteriBonda Anis said...

sama2 sampaikan..
mudah2an kita dapat menambahkan bilangan golongan2 profesional dr segala aspek bidang sama ada perniagaan, kejuruteraan dan sebagainya yang berfikrah islam...

Xack Saputra said...

kepada nisa...
-ya,itu yang diharap2kn
-moga berjaya semua,insyaAllah

Anonymous said...

salam

apakah itu sekularisme, liberalisme, ateisme, dan anti-sunnah?

Xack Saputra said...

kepada anonymous...
-waalaikumussalam.
-sekularisme,liberalisme,dan anti-sunnah itu satu fahaman baru org Islam yg ingin memudahkan hidup mereka...manakala ateisme adalah tiada agama(tidak percaya pada tuhan).
-mksd tersiratnya,nama mereka Islam namun pelaksanaanya berkurang(tidak trmasuk ateisme)
-cnthnye sekularisme mengasingkan agama dari pentadbiran,cntohnya hukum-hukum islam tidak dilaksanakn dalm perundangan,Islam hanya di masjid,di rumah....ini berbeza dengan Islam yg sebenar yg ada hukum2 yg telah ditetapkan
-liberalisme itu mksdnye luas,dlm konteks ini ia brmksd Islam moden,seperti yg berlaku di amerika syarikat....seorang prmpuan menjadi Imam untuk solat jumaat
-anti-sunnah pula hanya berpegang teguhpada Al-Qur'an dan mereka menolak sunnah nabi...manakala Islam menyuruh umatnya berpegang teguh pada Al-qur'an dan sunnah nabi..gerakan ini sudah ada di Malaysia
-Macam2 gerakan telah wujud,menunjukkan kita menghampiri akhir zaman namun bila?wallahualam....sekian

secret admire said...

Tidakkah sekularisme itu fahaman yang menolak nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan dan bukan hanya dalam pentadbiran semata-mata?

Bagaimana hukum-hukum Islam hendak dilaksanakan dalam perundangan sedangkan individu Islam itu sendiri menolak hukum Islam?
Patutkah hukum hudud dilaksanakan di Malaysia? Sedangkan Malaysia sememangnya sebuah Negara Islam berlandaskan perlembagaan..

Xack Saputra said...

kepada secret admire...
-ya,mmg itu mksdnya tp itu dalam konteks individu...apa yg ingin disampaikan,mksd sekularisme dlm komen sblm itu adalah dalam konteks negara,iaitu mengasingkan agama dan pentadbiran.Contohnya Turki,rakyatnya masih Islam,pergi ke masjid,amalkan Islam namun Turki negara sekular...pentadbirannya sekular,agama tidak dikaitkankn dengan pentadbiran manakala rakyatnya tidak semua sekular...Malaysia pula negara separa sekular

-Semua berkaitan niat dihati,jika hati sudah tiada Islam,bagaimana sesorang itu ingin mempercayai hukum2 Islam...Jika hati inginkan,pasti boleh dilakukan....Semua bergantung kepada majoriti rakyat kerna rakyat yg memilih pemimpin dan pemimpin inilah yg akan menentukan dasar hukuman trsebut

-Hukum hudud itu mmg patut dilaksanakan dimana-mana sahaja kerna ianya adalah hukum Allah yg tidak terpadam...klu di Malaysia,semua bergantung pada politik semasa....masalahnya,rakyat M'sia masih takut dengan hukum hudud dan hanya ada 1 parti (pas) yang memperjuangkannya..oleh itu,agak sukar untuk dilaksanakan melainkan semua rakyat bangkit menegakkan Islam seperti Revolusi Islam Iran 1979.

secret admire said...

dalam PAS sendiri sudah ada dua puak;yang menyokong dan yang menentang..
PAS kononnya memperjuangkn Islam tetapi sanggup melepaskan prinsip Islam dan bernaung di bawah Pakatan Rakyat untuk memperolehi sokongan..tidakkah itu contoh golongan yang munafik?

tidak perlu fikir terlalu jauh sehingga isu politik..

kita sebagai individu yang merupakan rakyat kepada negara ini hanya tahu mengkritik tetapi adakah dalam diri kita sendiri mengamalkan prinsip agama Islam itu?
layakkah kita untuk menegur sedangkan pegangan dalam diri kita masih belum utuh?
ibarat ketam mengajar anaknya berjalan bukan?

Xack Saputra said...

kepada secret admire...
-sy tidak berkata sy menyokong pas..hanya sekadar pemerhati politik....tp ingat,politik penting dalam Islam kerna ia menentukan dasar sesebuah negara...mengenai PAS,wallahualam kerna sy bukan ahli pas....tp jngn tgk pada media BN sahaja,tp dua2 pihak...mana yg btul,terserah kamu...

-ok,kita xtau mcm mane pegangan yg uth kerna tiada garis panduan yang menyatakannya...manusia itu tidak lepas dari melakukan kesalahan...apa yg kamu tau kamu smpaikan,kritik sja...tp hati mesti terbuka...jika ada yg membalas kritikan kamu dn kamu slah,terima saja dengn hati trbuka....bila sama2 mengkritik,secara xlangsung,dua2 dpt memperbaiki kesilapan....klu stkt berdiam diri saja tiada gunanya....trpulang pada kamu

secret admire said...

"politik penting dalam Islam kerna ia menentukan dasar sesebuah negara"

anda pasti?
cakap bukan sebarang cakap..

Xack Saputra said...

kepada secret admire...
-ok2,kita ikut logik...
-kt M'sia klu nk menggubal undang2,perlu ada majoriti 2/3 dalam parlimen...
-klu nk ubah kepada hukum Islam,kenalah dapt kn majoriti itu untuk ubah...
-itu yg dikatakan politik penting...kita kene ikut perubahan masa

fatah85 said...

mula2 sekali, politik itu penting.tahukah kamu maksud politik sebelum bercerita tentang politik ? politik itu ilmu kenegaraan. nabi dulu berpolitik, tapi takde parti.
yg ada pada zaman nabi cuma puak menyokong dan menentang. politik sekarang penuh dengan idealogi barat. apa demokrasi jika tolak hukum tuhan?

kedua, tolong buka fikiran ya. hudud bukan sekadar potong2 tangan,rejam2 batu dan lain2 yg kejam. sebelum hudud dijalankan, pesalah perlu dibicarakan seadilnya dahulu. tapi, jikalau pesalah didapati bersalah dan tangannya dipotong, maka potonglah. dari aspek itu, kamu fikir masih ada kah yg mahu jadi jahat?

ketiga, pas lepaskan prinsip islamkah selepas bergabung dengan pakatan rakyat? kamu baca harakah? kamu tahu maksud munafik? jangan beri konklusi berdasarkan satu pemerhatian yang tersangkak dengan media. kalau setakat telaah utusan dengan berita harian hari2, jangan mudah cakap tentang politik.

keempat, tengok diri sendiri, cuba tanya soalan menyeluruh. jangan biarkan soalan tu makin mengelirukan kamu sendiri. ok. islam itu agama lengkap dan jangan bataskan diri dengan media.

aku bukan mahu menjatuhkan kau "secret admire", cuma suruh fikir luas sikit.

~salam aman~

Xack Saputra said...

kepada fatah...
-terima kasih membantu menjelaskan

kepada secret admire...
-harap jangan terasa
-kita berkongsi ilmu
-yang benar kita berkongsi,yang salah kita jadikan pengajaran :-)

Anonymous said...

suka dgn pnjelasan fatah...

mmg benar...

apapun prlu buka minda seluasnya...

brbincang prlu ada adabnya...

kpd semua, kberanian mngutarakan prsoalan n pendapat ptut dipuji, tp awas jgn brdebat smpai melibatkn emosi...

pndangan stiap mnusia x sma...

cuma di sni yg aku ingin katakan, kita x mungkin sempurna...
walau diri masih byk kelemahan, walau pegangan diri blum mantap, tidak mnjadi kesalahan utk saling menegur dan berbincang...

amar makruf nahi mungkar itu satu tuntutan...jika ada kesalahan dpn mata, amik tindakan yg mmpu dlakukan...

kritikan itu, kalau kna pd tmpatnya, kalau sampai kpd sasarannya, dpt mmbawa perubahan positif...

wallahualam...

secret admire said...

terima kasih saudara fatah kerana menjelaskan..
setiap orang mempunyai pandangan sendiri..
1.maksud saya disini benarkah politik itu penting dalam Islam? sedangkan politik adalah isu kenegaraan yang juga merupakan hal duniawi..sepatutnya prinsip agama Islam yang menjadi asas kepada pentadbiran politik kerana agama itu adalah sesuatu yang mutlak..itu yang menjadi kekurangan pada pentadbiran zaman sekarang yang menjadi semakin liberal..
2.mengenai hudud, memang tidak harus dipertikaikan kerana itu adalah hukum tuhan..tetapi harus ada cara pelaksanaan yang berkesan..mungkin rasional bagi orang bukan Islam untuk menolak hukum hudud kerana mereka tidak diberi pendedahan dan tidak faham akan hukum ini..tetapi mengapa ada segelintir orang Islam yang turut menolak hukum ini?
3.tidak ada media tiada unsur bias..yang penting kita harus dapat menilai dan membezakan yang mana yang baik dan yang buruk..tidak ada kebenaran mutlak dalam isu politik sekarang..

*****

saputra, bukan untuk berbalah dan menentukan siapa yang benar atau siapa yang salah..sekadar berkongsi pendapat..apa yang saya ingin ketengahkan tidaklah sejauh isu politik sebenarnya..dalam skop yang lebih kecil, sebagai seorang Muslim, adakah kita benar-benar menerapkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan kita?

Xack Saputra said...

kepada farsyabrynna...
-pendapat yg bagus,aku sokong :-)

kepada secret admire...
-adkh kita benar2 menerapkn nilai2 Islam?saya rase kamu perlu tanya pada diri sendiri baru bertanya kepada orang lain...bertindak pada diri sendiri dulu,stlh itu baru lah berharap org lain mengikuti kamu,InsyaAllah....

Anonymous said...

terapkn nilai islam dlm khidupan...
begitulah harapannya...
kdgkala trlalai n trleka, sbg manusia x dpt dielakkan...
klu sedar akan kesalahan, alhamdulillah diberi hidayah, usahalah prbaiki diri...
dlm masa yg sama, stiap org brtggungjwb sbg daie (pndkwah), prlu smpaikn kpd msyrkt sekelilingnya...
x bgtu saputra?

Xack Saputra said...

kepada farsyabrynna...
-yup,btul la 2
-manusia dijadikan sebagai khalifah di bumi ini
-mmg sudah menjadi tanggungjwab manusia berdakwah...
-manusia xlari dari kesilapan namun kita mesti berusaha menjauhinya :-)