21 March 2010

Trauma









Peristiwa pahit,
Sesuatu yang sukar dilupakan,
Perkara yang ditakuti,
Tidak mungkin ia mampu berulang,
Kerna impaknya cukup mendalam.

Sakitnya mendalam,
Ditambah penat yang sedia ada,
Aku cuba melupakan,
Namun ia tetap menganggu fikiranku,
Tidak sanggup kumengingatinya.

Aku tahu kenapa ia terjadi,
Pengertian tidak mampu mengubah ingatan,
Aku manusia yang punya memori,
Memori itu sungguh menghantuiku,
Ya Allah,tenangkanlah diriku...


-Xack Saputra-

08 March 2010

Keresahan hati








Hatiku kian resah,
Minggu yang mencabar,
Dengan semangat aku belajar,
Agar lulus cemerlang,
Namun setiap perkara ada batasnya.

Tika otakku berserabut,
Aku berjalan sendiri melihat alam,
Memohon pada Allah yang terbaik,
Cantiknya alam menenangkan hati,
Moga ia menjadi inspirasi jiwaku.

***

Cantik bunga itu,
Kuning dan merah,
Kuning kuberikan pada dia,
Merah kurasakan kemanisan madunya,
Enak walaupun sedikit.

Bagaimana lebah mampu mengumpul madu,
Itulah keajaiban tuhan,
Nilainya amat sedikit,
Setiap titik tidak mampu dibazirkan,
Hati kembali tenang...


-Xack Saputra-

09 February 2010

Demokrasi








Reformasi,
Itu yang diungkap,
Demi mengubah persepsi rakyat,
Agar lebih matang,
Dalam memerdekakan negara.

Rakyat memilih pemimpin,
Pemimpin korup kerana rakyat,
Rakyat yang mampu mengubah,
Sistem dan pemerintahan negara,
Agar lebih telus dan adil.

Reformasi,
Mengubah sistem pemerintahan,
Agar tidak menjadi lebih tenat,
Yang mampu memusnahkan negara,
Yang telah lama rosak demokrasinya.

Ayuh kita berfikir,
Setelah lama kita bersenang,
Apakah ini yang dimahukan,
Kita mahukan keadilan dan penyatuan,
Yang mampu memakmurkan kita...

-Xack Saputra-


*Setelah lama kita merdeka,negara kita belum mampu mencapai kemakmuran yang sepenuhnya. Ada saja berlaku masalah pertelingkahan kaum sama ada yang dilaporkan atau tidak. Dalam masa jangka yang panjang, perkara-perkara ini mampu memusnahkan negara. Apakah punca-puncanya? Adakah sistem pemerintahan kita bermasalah atau puncanya dari pemimpin-pemimpin kita?Dengan pegangan agama yang kukuh, InsyaAllah perkara ini mampu dielakkan sedikit demi sedikit.

06 February 2010

Hipokrasi









Manusia tidak pernah ingat tentang kebaikan,
Hanya yang buruk dinilai,
Kerna bisa dimaki dan dicaci,
Memang itu manusia,
Suka kehidupan yang rumit.

Manusia suka berpolitik,
Berhipokrasi sana sini,
Zaman moden pelbagai cabaran,
Hanya yang bermuka-muka menjadi pemenang,
Yang lurus bendul menjadi bahan kutukan,
Dimanakan nilai kemanusiaan,
Kita harus berubah.

Kejujuran adalah keutamaan,
Kerna itu yang dituntut,
Namun perlulah kita berwaspada,
Mereka yang berpolitik sentiasa menunggu,
Jangan biarkan mereka berkesempatan,
Kerna kamu bisa jadi bodoh...

-Xack Saputra-


*Manusia yang bodoh akan membiarkan dirimu hanyut ditipu tanpa mengambil sebarang tindakan.Kita harus bangkit menegakkan kebenaran kerana itu yang dituntut agama.Berani kerana benar,takut kerana salah.Hipokrasi adalah permainan kehidupan,jika kalah,anda seorang yang bodoh. Jadilah seorang yang jujur dan berwaspada akan manusia yang oportunis.

26 January 2010

Gugurnya daun-daun itu









Kelihatan sebatang pokok,
Pohonnya kekeringan,
Daunnya keguguran,
Sendirian menunggu mati,
Itulah hakikat dunia.

Aku lihat diriku seperti pohon itu,
Lemah gemalai,
Sungguh dirinya sangat rindu,
Tika daunnya mekar hijau,
Aku juga begitu.

Sakit adalah kehidupan,
Tiada pengertian jika sihat sentiasa,
Aku rindu saat itu,
Hidup bebas tanpa halangan,
Kini hanya membisu.

Aku hanya hamba pada Tuhan
Menerima takdir Ilahi,
Tanpa sakit manusia bisa lalai,
Syukurku pada Allah,
Kerna aku bisa bertahan...


-Xack Saputra-

04 January 2010

Bapa pemusnah









Wahai bapa,
Apakah yang kamu lakukan,
Kami derita sengsara,
Bapa manusia yang rakus,
Tidak langsung sayang kami,
Tidak fikir akan kehidupan kami.

Wahai bapa,
Kami generasi muda,
Mewarisi sampah yang kau tinggalkan,
Aku merana kerana dikau,
Bapa manusia jahanam,
Berperang bermusuh sana sini,
Siapa kami pada kamu,
Tidak pernah kami hargai kalian,
Bapa pemusnah harapan...


-Xack Saputra-