09 April 2009

Tentang Kamu








Kamu,
Aku lihat kamu,
Aku tahu apa itu cantik,
Aku tahu apa itu sempurna,
Membuat aku ingat sentiasa.

Kamu,
Sekian lama kukenal,
Hati budimu menarik,
Susah untukku mengerti,
Namun,kini aku tahu kamu.

Aku,
Berdiam melihat kamu,
Berdiam memahami kamu,
Diluar aku dan kamu rapat,
Didalam aku suka kamu.

Aku,
Hanya bisa berdiam,
Tidak berani kuluahkan,
Kerna aku sayang kita,
Sayang akan persahabatan kita...


-Xack Saputra-

6 comments:

fatah85 said...

rambut sama hitam, hati lain2.
nama sama orang, fikiran beza2.

Xack Saputra said...

kepada fatah...
-mendalam sungguh maksud kamu..

lefty said...

nafsu, akal dan fikiran menjadikan manusia berbeza antara satu sama lain.

Xack Saputra said...

kepada harith...
-aku setuju
-jika semua manusia sama,niscaya tidak amanlah dunia ini
-semuanya membentuk satu kitaran
-kau perlu aku,aku perlu kau

lefty said...

-kita memerlukan satu sama lain untuk membentuk sebuah komuniti contohnya.
-baru terasa bermakna.

Xack Saputra said...

kepada harith...
-benar
-itulah maksudku
-manusia saling memerlukan...